Saturday, March 10, 2012

Chapter 1: Surat Tawaran

Assalamualaikum wbt

Tujuan blog ini dikarang bukan untuk menunjuk atau membangga diri atau sebagai satu kekesalan ( akan dibuka kenapa ada kekesalan). Tapi untuk berkongsi pengalaman-pengalaman sebagai pelajar dan melancong di negara orang.

Chapter 1 : Surat Tawaran

Perjalanan aku ke negara luar bermula dengan satu post di facebook fakulti aku tentang biasiswa sepenuhnya ke negara Korea.

Masa tu aku tengah menjalani Latihan Industri dalam bulan 5 macam tu aku apply. Bulan seterusnya aku mendapat email yang aku berjaya terpilih untuk sesi saringan dan aku kena bagi gambar, pasport, slip peperiksaan dll.

Alhamdullilah, aku berjaya melepasi sesi saringan untuk semua dan dipilih sebagai duta kecil fakulti aku untuk ke bumi Korea Selatan. Di sana, aku akan belajar di sebuah univesiti swasta iaitu Wonkwang University yang terletak di Iksan, Jeollabuk-do.

Malangnya, semasa proses kesana, aku perlu membeli tiket dahulu, tapi memandangkan keadaan ibu bapa ku yang kurang berada, akhirnya pihak fakulti meminta bantuan dari tabung masjid dan persendirian untuk tujuan aku pergi ke Korea.


bakal tunang dengan kakak dan abg ipar di LCCT


semua tak sabar hantar aku pergi korea

Ini kali pertama aku keluar negara dan nervous tu memang tak tahu nak cakap macam mana. Semasa proses sebelum pergi, aku tak bagi tahu pada parents yang aku apply program pertukaran pelajar ni. Jadi, semua persiapan dilakukan pada saat-saat terakhir.

my beloved mom and his beloved mom


mak heppi je time ni tapi lepas tu nanges gile2 ( ayah cakap)

Tanggal 25-8-2011, lagi lima hari lagi umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri, aku terbang ke bumi Korea dengan kapal terbang airbus pada jam 11 malam dan sampai pukul 6 pagi. Perasaan aku masa tu tak tau nak cakap macam mana, bercampur baur. Nervous, takut, gembira, sedih, dll.

Otakku mase tu kosong, tak dapat nak fikir apa-apa lagi. Kisah aku di bumi Iksan akan aku cerita pada post berikutnya.