Sunday, July 29, 2012

Aktiviti Masa Cuti Semester

Cuti semester ni series makan minum je, eh.puasa, tidor, bangun, cek facebook, cek email, cek gosip, cek email, cek gosip, tengok tv, bagi arnab jalan-jalan, tu je rutin hari-hari. Nak kerja? nak.. tapi boleh tak nak kerja yang masuk suke hati, tutup awal dan suke hati nak datang ke tak? hohoho..

so aktiviti hari ini ialah gunting, tulis dan hantar. Masuk contest dekat newspaper la!! sesape yang tak ada aktiviti, boleh la beli akhbar Utusan Malaysia dan join contest-contest yang ada kat sana~Then mase cuti ni lah buang tebiat nak tulis kad raye, beli kada raya semalam kat The Store dengan total RM7.30. Takpe2, raye setaun sekali, yang peting ukhwah yang terjalin tu kan~

ni contest takraw>>
jawapan aku akan share kemudian~


'Kad raye buat ter 'syg'


Saturday, July 28, 2012

Solat Sunat Tarawih

Salam, hari ni nak kongsi sikit pasal solat sunat teraweh/tarawikh yang sunat pada Umat Islam yang hanya pada bulan Ramadhan saja. Sangat eksklusif kan solat ni, macam VIP seat, tapi free of charge, so rugi kalau kite yang tidak uzur ni tak menjalankannya.

Solat sunat teraweh : ialah sunat muakad yang dituntut berhemaah yang mana jikalau seorang daripada penduduk di kawasan itu melaksanakanya, maka terbebas kewajipan untuk orang lain.

Sabda Rasulullah SAW :
 Sesiapa mendirikan solat (tarawih) pada malam di bulan Ramadhan dengan keimanan dan ikhlas, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu ( Hadis riwayat Bukhari)

Masyallah, jadi rugilah kalau kita tak penah menunaikan solat tarawih, bayangkan dosa-dosa terdahulu yang kita lakukan dan ada jalan untuk dosa dihapuskan. Maha suci Allah, pencipta sekalian alam.

Solat Sunat Tarawih mempunyai dua puluh rakaar atau lapan rakaat. Waktunya ialah selepas Isyak hingga menjelang waktu Subuh, so sesiapa yang bagi alasan yang bekerja dan penat. Boleh berehat/ tidur sebentar dan bangun pada malam harinya untuk menunaikan solat sunat itu.

Lafaz niat dalam Rumi:

Usolli sunnatan tarawih rakataini imaman/makmuman lillahi ta'ala.
(Sahaja aku sola sunat Tarawih dua rakaat Imam/ Makmum kerana Allah Taala)

Selepas Solat Sunat Tarawih, akan disusuli dengan solat witir sebanyak 3 rakaat, 2 rakaat salam, bangun dan 1 rakaat salam.

Lafat niat solat. Dua raka'at pertama :

Usolli sunatan witri rakataini lillahi ta'ala.
(Sahaja aku solat sunat witir dua rakaat kerana Allah Taala)

Lafat niat solat. Raka'at kedua :

Usolli sunatan witri rakaatan lilahi taala.
(Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat kerana Allah Taala)


selamat beramal~

Friday, July 27, 2012

Duit Datang Dari Mana?

Ok, tadi baru je bukak cimbclick sebab nak topup, but bile tengok akaun. Ehh?? dari mana ya datang seratus ni? sebab dalam akaun aku sebelum ni memang ada Rm53 je. Alhamdulilah, mungkin duit tesis JPA dah masuk kot. Syukur ke hadrat ilahi. JPA dah miss bayar aku satu sem. T T..nanti sem depan, terima lah saye yer...sian saye..tsk..tsk...

marilah berbanking internet dengan mudah di: :-https://www.cimbclicks.com.my/ibk/

opocot??

Rezeki anak-anak..=p..rase nak throw out pun ade..erkk..xle..perkara yang membatalkan puasa tu~lalala


Jawapan~

Ok..kesinambungan dari duit misteri tu sebenarnya duit daripada program universiti, ades. mati2 ingat duit thesis. Sekian~

Resepi Air Kelapa Lemon

Pheww~ hari ni memang panas gile, badan pun lesu je..Ayah pun bawak balik kelapa muda, jiran bagi lemon, so hari ni buat lah air kelapa lemon yang tengah hot kat bazaar Taiping,

Resepi Air Kelapa Lemon
Bahan-bahan :
sebiji/2 biji kelapa diambil air dan isinya
sebiji lemon, perah dan dipotong bulat
gula secukup rasa
ais

Cara-cara :
Air kelapa dan isi dituang ke dalam jag. Masukkan gula dan kacau sebati. Picit sebelah lemon yang dipotong dua dan sebelah lagi di buat bulat. Masukkan ais. Memang enak dibuat minuman untuk berbuka, baunya wangi dan sedap. Tak rugi mencuba~


Love utk resepi ini :

Resepi Rendang Puyuh

Ni first time aku masak puyuh dan kelazatannya hingga menjilat jari, 2 ekor puyuh selamat mendarat dalam perut aku. Alhamdullilah, syukur ke hadrat ilahi, mari kita lihat resepinya. Kalau ada yang kurang sila komen yer, i tak kahwin lagi, so ni resepi dari mak i.=p

Bahan-bahan :
3 ekor puyuh dicuci bersih
5 ulas bawang putih* (dipotong halus)
3 ulas bawang merah* (dipotong halus) 
1 biji bawang besar* ( dipotong halus)
seinci halia* (dipotong halus)
seinci kunyit hidup* (dipotong halus)
seinci lengkus* ( dipotong halus)
3 batang serai* ( dipotong halus)
1 sudu cili blender
1/2 cawan santan pekat
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
sedikit garam
sedikit gula
1/2 sudu besar kerisik
3 helai daun kunyit diris tipis

Cara-cara :
1. Bahan * diblender sehingga halus.
2. Burung puyuh direbus 1/2 jam sehingga agak lembut.
3. Masukkan semua bahan * dan  rempah ratus dan masak seketika sebelum dimasukkan puyuh.
4. Puyuh dan bahan blender di masak sehingga agak kering.
5. Masukkan santan dan 1/2 cawan air kedalam puyuh dan kacau sedikit hingga sebati.
6. Bila mendidih, masukkan daun kunyit yang dihiris tipis dan juga kerisik.
7. Tutup api apabila puyuh dan santan telah masak

Komen : Enak dimakan dengan nasi putih panas-panas.

Gambar lupa nak ambik =p

Love utk resepi ni : 

Resepi Sambal Belimbing Buluh

Salam Ramadhan ke-7~

Dah berbuka? Alhamdullilah~ Hari ni aku nak share resepi yang aku buat sebentar tadi, sambal belimbing buluh yang memang umphhh~ sedap, ketat, lazat..=p

ni gambar belimbing buluh>>


Bahan2 :
4-10 biji belimbing buluh
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis
garam secukupnya
gula secukupnya

Cara2 :
1. Belimbing buluh dibersihkan dan direbus dengan sedikit garam sehingga lembut dan bewarna coklat.
2. Belimbing yang lembut dilenyek hingga air keluar dan disangai atas api perlahan sehingga air kering.
3. Dengan minyak sedikit, goreng bawang putih, bawang merah dan ikan bilis sehingga ikan bilis menjadi rangup.

4. Tumbuk bahan yang digoreng hingga serasi dan masukkan belimbing yang dilenyek, gula dan garam dan kacau hingga sebati.
5. Goreng semua bahan yang ditumbuk atas minyak sedikit dan api perlahan.
6.  Siap untuk dimakan.

Komen : Sambal sangat enak dimakan dengan timun, petai, jering atau dimakan begitu saja dengan nasik panas. Sedap sehingga menjilat jari. Yummeh~



Love utk resepi ini : 

Universiti Wonkwang, Iksan, Korea Selatan

Sampai saja dekat Stesen Petrol, aku dijemput oleh dua pegawai dari Unit Hal Ehwal Antarabangsa dengan sebuah kereta yang agak luas. Ini first time aku tengok kereta jenis macam ni, so macam tu la kalau orang luar datang negara kita dan tengok buatan Malaysia kan, so memang berbaloi idea Tun Mahathir mengasaskan kereta buatan Malaysia adalah satu langkah untuk memajukan ekonomi negara kan.

Aku dibawa ke pejabat untuk mengisi segala tuk nenek moyang borang yang ada yang berbahasa inggeris dan kebanyakan berbahasa korea. Rata-rata pekerja disitu adalah orang dari Tanah Besar Cina dan baik-baik orangnya. Aku baru saja berjumpa dengan Mr Im Nakwon, orang yang akan menguruskan semua hal aku disana.

Aku diberikan toto yang akan kami perlu bayar kemudian untuk persediaan musim sejuk, masa tu dah musim luruh, so keadaan sejuk.Aku dibawa ke kisuksa (dormitory) yang berlantaikan kayu dan mempunyai dua buah meja dan kerusi. Nak dibandingkan dengan hostel di UTM, memang jauh panggang dari api, walaupun nampak moden hostel di Korea, tapi di UTM bilik die lagi gedabak besar, 2x ganda luasnye.

Semasa di sana, aku berhubung dengan Dr Eko dan juga En Farid, insan yang membawa kau kesana, dan insan yang banyak membantu aku dari segi kewangan. Aku pergi ke Korea hanya mempunyai rm400 lebih kurang 100 ribu won, jumlah yang boleh menampung hidup di Malaysia sebulan, tapi di Korea, hanya dua minggu.

Aku terputus hubungan dengan keluarga dan juga tidak mempunyai wang. Kami diberi wang pada pertengahan bulan September, memang pokai gila aku..

mail aku terima dari wonkwang~



Segala pertanyaan aku kepada pihak uni yang dibalas~



Lupe aku nak citer..

sebelum pergi kene ade visa. so visa dia dalam rm160, aku pun tak ingat..

ni email yang aku tanya pada kedutaan Korea sebelum pergi~


takat ni je hari ni~ puase2

Thursday, July 26, 2012

Resepi Aiskrim Goreng

Salam ramadhan ke 6..

Kelmarin ayah beli aiskrim, so alang-alang dah beli aiskrim ni, terpikir nak buat resepi yang dah lama bertapa di otak ni.. Yerrr...Aiskrim goreng!!! Setakat ni baru 2-3 kali makan sebab orang jual mahal banget. First masa hari kantin sekolah, masa tu tak ingat kene bayar berapa dan recently dekat Pesta Konvo UTM, harganya, Masyallah, geram tengok harga die, Rm2.50 untuk satu ketoiii.. Fulamakatak, memang cari untung betol kan.

So, hari ni, memang dah terlaksana nak buat aiskrim gorang ni. Bawah ni resepi dan video sekerat untuk buat die. Kenape sekerat?? sebab guna handphone kamera dan takde orang nk tolong pegang..kekeke

Aiskrim Goreng Vanila Syakira


Bahan2 :
1 bungkus roti putih saiz kecik
1 bekas aiskrim vanila
coklat cip warna warni

cawan gelas untuk tekap dan bentuk
senduk kecik/scope aiskrim
penggelek

Cara:
1. Gelek 2 keping roti tadi ala-ala guna penggolek sampai tipis gitu macam nak buat sandwich.
2.Tekapkan cawan bagi nampak line kat roti untuk bagi tak overdose aiskrim dan bagi aiskrim tak melimpah ke ladang gandum.
3. Scope kan aiskrim tadi ke tengah bulatan untuk sekeping roti.
4.Tekapkan roti satu lagi dan guna cawan untuk tekap sampai putus roti tu dan bentuk pun cantik.
5. Simpan dalam peti sejuk semalaman , or 2-4 jam kalau dah tak tahan nak makan.
6. Goreng minyak panas selama beberapa saat untuk mendapatkan kegaringan yang sejati.
7. Siap!!

Video ------->
Love utk resepi ini : 

Monday, July 23, 2012

Nestle 100 Years Disismu

Hi! Assalamualaikum~ Salam Ramadhan ke-3

Tadi tengah tengok2 blog resepi, tetibe nampak iklan ni. Macam best je, so tingin la nak citer pengalaman tentang Milo ni. Sape je tak kenal jenama Milo ni, air coklat yang lazat tak kira minum masa sejuk ke panas. So anyone nak join boleh la klik2 disini~




Jom lawan citer sape paling best~kekeke

Sunday, July 22, 2012

Resepi Udang Kari Mamak

Udang Kari Mamak yang mendapat sambutan oleh ayah yang memang pengkritik utama di rumah



Bahan-bahan :
Udang 10-20 ekor
2 ulas bawang besar ( dipotong)
2 ulas bawang putih ( ditumbuk)
1 inci halia ( ditumbuk)
1 helai daun pandan
sedikit daun kari (1 baris)
1 batang serai (diketuk)
sos tomato, sos cili
2 sudu besar rempah ikan
1 sudu besar cili kering blender
sedikit garam
sedikit gula
sedikit lada hitam
2 biji limau nipis/kasturi (ambil jus sahaja)
minyak untuk menggoreng

Cara-cara 
1. Udang dibersihkan , jangan buang kulit, dilumur dengan garam, lada hitam dan jus limau dan dibiar seketika.
2. Sediakan minyak menggoreng, dan gorang udang hingga masak dan angkat dan ketepikan.
3. Buang minyak yang berlebihan dan tinggalkan dua sudu minyak sahaja. Goreng bawang besar hingga lembik.
4. Masukkan bawang putih dan halia lumat disertai daun pandan, daun kari dan serai hingga naik bau.
5. Masukkan cili dan rempah kari yang di campur air hingga menjadi pes. Kacau hingga rempah masak.
6. Masukkan sedikit air, sos tomato, sos cili dan lada hitam dan gula serta garam mengikut cita rasa.
7. Masukkan udang dan biarkan mesra seketika. Angkat dan hidangkan.
8. Masa siapan dalam 20 minit.

Sedap di makan dengan nasi putih.

Selamat Mencuba~

Love utk resepi ini: 

Incheon ke Iksan

Setiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, jam baru menunjukkan pukul 6.25 pagi, tanpa sebarang pengalaman di negara orang, aku berjalan perlahan mengangkat beg besar seberat 30kg menyusuri jalan. Sedang orang lain bergembira dengan rakan-rakan, aku seakan terpaku, kesepian dan keseorangan, 22 tahun, dan aku kini bersendirian di negara orang. Segera aku ke toilet untuk buang air kecil, dan tiada air disediakan, nasib baik aku terbiasa dengan keadaan ini di KLCC dan di Singapura.

>> Lapangan Terbang Incheon

Keluar dari gate, aku perhatikan kiri kanan untuk melihat sama ada orang menjemput aku, dah aku lihat ada seorang memegang papan nama aku dan Wonkwang University. Die dengan laju membawa aku ke tempat bas dan membelikan aku tiket yang berharga 18000 won ke Iksan dan aku dibiarkan pergi seorang tanpa sebarang rakan. Aku terpana lagi, tiada rakyat Malaysia lainkah yang terlibat.

Perjalanan dari Incheon ke Iksan mengambil masa 3 jam. Aku terputus hubungan dengan keluarga di Malaysia, aku menangis sendirian mengenang nasib tersebut. Bodohkah aku menerima tawaran tersebut? Aku tidur semasa perjalanan, dan aku terjaga, hari hampir malam dan sampai di Iksan, malang bagiku kerana  rata-rata orang disitu tidak pandai berbahasa Inggeris.

>> Shuttle bas dari Incheon ke Iksan


>> Pemandangan dari Incheon ke Iksan semasa musim luruh



Aku turun di stesen minyak dan disambut oleh seorang lelaki tua dan seorang perempuan muda. Perempuan tersebut memperkenalkan diri sebagai Hua Jiang, merupakan seorang berketurunan Cina yang turut melanjutkan pelajaran di Korea dalam jurusan bisnes. Manakala identiti lelaki tua itu hanya aku kenali sebagai head mister aka guru besar yang rupanya selepas beberapa minggu memang besar jawatannya.

Aku tiba di Wonkwang University dan pemandangan yang ada adalah sangat asing, aku langsung tidak dapat mengecam sebarang jalan langsung. Aku di bawa ke pejabat dengan ketiak aku yang tahap masam dan diberi borang untuk di isi. Hanya aku seorang disitu, aku juga diberi sebuah toto dan perlu membayar toto tersebut apabila wang biasiswa aku dimasukkan.


>> Website Wonkwang University



Aku dibawa ke bilik dan bilik aku amatlah kecil dan tinggal berdua berbandin di UTM. Roomate pertamaku ialah orang Indonesia pada pandanganku dengan kitab-kitab yang terdapat di raknya. Nasib baik biliku dilengkapi dengan internet dan aku segera online untuk melihat sama ada ayahku online atau tidak. Sebelum ke Korea, aku menyuruh ayahku membeli sebuah laptop untuk memudahkan perhubungan kami melalui skype atau YM. Ayahku sebelum ini langsung tidak pernah menyentuh komputer dan langsung tidak mengetahui cara menggunakan internet. Mak sahaja yang pernah cuba-cuba menaip di komputer ( yang sekarang ni dua-dua dah pro dan pandai dah bace blog).


Aku tidak mengemaskan barangku dan hanya berehat di atas katil. Malamnya, roomateku balik dan ternyata dia ialah dari negara jiranku, aku bahagia sebab boleh berbahasa melayu walaupun dia banyak tak faham bahasaku. Tapi sebab aku banyak menonton drama indonesia, jadi aku boleh la faham sikit2 bahasa dia. Namanya Kak Dewi. Aku bersembang dengannya dan lebaran akan datang 2 hari lagi. Aku bertanya kepadanya bagaiman aku harus ke Seoul dan die menceritakan segala butir-butir perjalanan. Dan aku tidur kepenatan.