Monday, January 28, 2013

Resepi Kari Terung Ikan Masin

Salam, hari ni juga masak terung ikan masin, kesian tengok terung yang dah di kupas, tapi tinggal macam tu je, kesian pulak tengok. Resepi ni mudah je.

Kari Terung Ikan Masin

Bahan-bahan :
2 Ikan masin talang ( potong kecik2)
2 biji terung bulat
1/2 cawan susu cair/santan
1 sudu serbuk kari ikan
2 ulas bawang putih ( di potong halus)
1/2 ulas bawang putih ( potong halus)
1 sudu kecil biji sawi
2 cawan air
sedikit minyak




Cara-cara:
1. Ikan talang tu rebus  dengan air dan serbuk kari sampai kari masak.
2. Masukkan terung bulat dan santan/susu cair  hingga terung lembut.
3. Dalam kuali lain, tumis bawang putih, besar, daun kari dan biji sawi hingga layu.
4. Masukkan bahan tumis dan minyak tumisan kedalam periuk ikan tadi.
5. Masak seketika dan tutup api.

Siap!!

Selamat menjamu selera~

Info :
Tumis darat ialah menumis di periuk lain sebelum dimasukkan ke dalam periuk lain/ bahan utama. Tujuan tumis darat ni. Pak cik pun tak tahu~ XD

Resepi Ketam Cili

Salam, hari ni aku nak share resepi yang aku baru masak utk lunch tadi (lunch pukul 5pm). Chekidout~ Untuk mak-mak yang buat kontrak dengan ketam macam aku ni ( ayah aku suruh masak ketam nipah tu sebab die tak berani makan, aku pulak kesian nak bunuh dorang (ketam), so tunggu mati baru masak)

Ketam Cili
( resepi ni untuk seekor ketam, seorang makan)

Bahan-bahan
1 ekor ketam nipah/ ketam laut
2 ulas bawang putih (diketuk hancur)
setengah ulas bawang merah (potong halus)
1 sudu besar cili merah
1 sudu cili kisar
2 sudu susu cair
sedikit garam
sedikit minyak

Cara-cara
1. Ketam dilumur dengan garam dan di goreng dengan minyak banyak sehingga masak.
2. Setelah siap, asingkan kulit luar dengan badan untuk sos serap kedalam badan juga.
3. Tumis bawang besar dan bawang putih dengan sedikit minyak, masukkan cili kisar dan biar masak seketika.
4. Masuk cili sos dan susu cair dan sedikit garam
5. Masukkan ketam dan biar ketam seketika.

Siap!! Sedap hingge menjilat jari~

Info :
Ketam nipah adalah halal dimakan,ketam yang tak boleh makan ialah ketam batu.

Saturday, January 19, 2013

Resepi Goreng Nestum

Bahan-bahan:
500gm udang
1/2 cwn susu cair
2 sudu tepung beras
1 biji telur
2 sudu marjerin di cairkan
2 ulas bawang putih (di lenyekkan)
2 sudu nestum
daun kari
secubit garam
secubit serbuk lada hitam
minyak untuk menggoreng dan menumis


Cara-cara :
1. Buat adunan tepung dengan mencampurkan tepung, susu cair, marjerin dan telur, gaul rata.
2. Gaul rata udang, garam dan lada sulah.
3. Goreng udang hingga masak dan alihkan.
4. Goreng daun kari dan bawang putih hingga naik bau dan masukkan udang, dan gaulkan.
5. Masukkan adunan tepung tadi masak hingga rangup.
6. Taburkan nestum dan gaul rata.

Hidangan ni sedap dan kalau nak lagi sedap, masukkan banyak bawang putih.

Thursday, August 30, 2012

Selamat Hari Raya 2012

Assalamulaikum..

Sedar tak sedar dah raye kan, eh, mane update pasal puasa? Puasa ni saye sebok buat kerja2 yg menambakan pahala la, macam tidor, tidor dan tidor, jadi tenaga tu malas la sikit nak taip-taip ni. So, nak acerita pasal raya yang dah dekat 2 minggu berlalu. Jadi, mesti korang sebok nak tahu kueh raye berapa banyak? Baju berapa pasang? Kasut berapa inci? haa... Meh sini nak acer sikit.

Kuih raya tahun ni semua aku buat, so tau-tau je la..ade yang terlebih dan terkurang, mohon maaf dipinta kepada sesiapa yang makan tu. Kalau sedap, tahun depan i buat lagi yer. Kuih raya tahun ni ade 4 jenis antanranya :

1. Kuih semperti bunga dahlia .
2. Tat Nenas gulung
3. Kuih Siput
4. Kuih badam

Recepi given upon request cenggitu.

Baju raya kali ni pulak 4 pasang jugak.. eh 44..mcam no tak elok je, no sial.. xleh2..khurafat.

1. Baju Pink polka dot
2. Baju cotton hitam dot dot dot
3.Baju bunga pink kecik2
4. Satu jubah

Haaa..banyak tak? memang kali ni meriah sungguh..ramai sedara yang jarang datang tunjuk muka. Sampai tak sempat nak keluar. Tapi aku keluar jugak, hehehe. So aktivit sepanjang raya mula sampai muak.

Raya Pertama

    Beraya di rumah Cik Rosmah dekat Taiping,
    Pergi melawat kubur arwah Opah di Changkat Ibol
    Tahlil di rumah mentua sepupu di Talang, Kuale Kangsor
    Lepak rumah arwah Opah dekat Lubok Merbau
    Ziarah Rumah Pak Pin

Raya Kedua

 Hari ni sepupu belah ayah datang, ayah memang bising dgn excited sikit kalau belah die datang, bising giler lah..aku dok kroohh lagi, penat beraya. Ayah aku masak sup tulang dengan mee hari ni.

Then tetibe kawan aku Diyana nak datang, so buat merajuk-rajuk sikit nak ikut. So dorang datang raya dan dapatlah ikut beraya iaitu di rumah OKP (orang Kuat Pas) aku malas nak pegi sebenarnya sebab perang facebook dengan die.. Tapi raye ni kene la bermaafan kan.

Lepas tu dengan Mira sekali, pergi rumah siape ea.. Lupe pula

Raye Ketiga

Raye ketige, dudok rumah sahaje, sebab member cakap nak datang, tapi tak datang-datang. WTF.
Tapi member universiti pulak datang mengejut. Takpelah. Jamu apa yang ada.

Raye Ke-empat

Member datang, tunggu punye tunggu punye tunggu, tak sampai-sampai, rupenye ade mmber die kereta rosak, nggak apa-apalah. Hari ni menjamu mee kari. Sebab orang cakap nak datang. Jamu la sikit.

Then petangnye beraya lagi, kali ni pergi ke rumah Izzatulnaf, Hafiz dan Ainy Nadia. Balik singgah rumah Firdaus Farhani.

Raye ke-lima

to be continueedd..




Monday, August 6, 2012

FriendlyFashion New Addiction

OH M GGGGGEEE... Im so addicted with friendlyfashion..a lot of clothes which are some are new and some are quite not new are selling at the affordable price..Oh my..oh my...It has a lot of new stuff and we can browse all the stuffs easily and they give are some specification so that we can easily choose anything we want according to the price, sizes even the COLOR we want.

To become a member or join, u can as simple as login with ur facebook account or by another way that they will teach u and then u can start submit ur item to be SOLD or SWAP or just GIVEN AWAY to make an amal jariah.

Those who are interested to buy ur thing can click WANTED IT or can nego with u at the comment box given below.So, faster2 grab anything u like at low price and wear it like a new~!!!

here some picture of the website..

Very cute and attractive website..it also simple to be used too~


ohh..i love this!!! buying/swaping can be as easy as this n cheap too!!

so check it out me @ Kira2 n buy/swap with me at low price~


one of my hot selling item to be grab~

Cabaran 2 Minggu Bersama Fair & Lovely

Mase Jom Heboh di Angsana JB beberapa bulan dulu aku ade beli 1 pek kecil produk Unilever dgn harga RM2 je. Dalam tu macam-macam ada, 2 pek shampoo Sunsilk, 1 Deodorant roll, 1 deodorant spray, 1 botol kecil body shower Lux dan tak lain tak bukan 2 pek trial Fair & Lovely. Before ni aku pakai produk tempatan, tapi sebab harga mahal, aku bertukar kepada pek promosi ni. Mane tau Janji di tepati~kulit jadi cerah putih dan berseri...lalalala...


aku baru pakai dalam 3 hari..so inilah resultnye..

before
.
.
.

after 

kekekekeke...

Wednesday, August 1, 2012

1 Syawal di bumi Korea

1 syawal di bumi korea pada raya aidifitri tahun lepas ialah kenangan yang agak menarik dalam hidup. Dengan bantuan Kak Dany Pertiwi, aku berjaya pergi ke bus station Iksan untuk ke Seoul. Dari kisuksa ( dorm) aku berjalan kaki sejauh 30 minit dengan beg berat membawa laptop dan sehelai baju kurung untuk beraya nanti. Sepatutnya aku ada kelas hari tu, tapi aku buat surat cakap aku ada aktiviti keagamaan di embassy.

Perjalanan dari Iksan Yok ( Station) ke Seoul, Gangnam Yok mengambil masa 3 jam. Tiket bas adalah sebanyak 11,800won kira-kira Rm40. Dalam bas hati bercampur cemas dan teruja kerana dapat bertemu rakan lama semasa sekolah dahulu yang melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan di Hanyang University. Bas berhenti di Jeonju untuk berehat, tapi aku terlalu takot untuk keluar kerana aku langsung tidak faham bahasa Korea dan tidak boleh berbahasa Korea, jadi aku menjadi keras di dalam bas menunggu bas bergerak.

Bas bergerak dah aku melihat pemandangan yang indah di kiri dan kanan jalan yang ternyata sangat asing buatku pertama kali di bumi sonata. Aku sampai di Gangnam Yok pukul 9 malam dan dengan menggunakan public phone, aku menelefon rakanku untuk mengambil aku disana. Suasana memang terlalu asing, dan aku hanya mampu memerhati sekeliling dengan perasaan takut.

Rakan aku tiba tidak lama kemudian dan membawa aku ke kisuksanya dengan menaiki subway. Perjalanan ke subway adalah melalui lorong bawah tanah dan agak jauh untuk ke tempat tiket. Rakanku yang menjadi setiausaha ku sementara aku di Seoul, ini kali pertama kami berjumpa setelah 5 tahun dan kami agak kekok pada mulanya, kerana walaupun kami sekelas semasa di sekolah dulu, tapi kami tak berapa rapat.

Aku di bawa ke kisuksanya di Hanyang Uni dan berkenalan dengan rumate kawanku iaitu zati dan ayin tak silap aku. Esoknya kami akan bersolat hari raya aidilfitri di Kedutaan dan akan pergi melawat ke rumah terbuka duta dan juga pegawai di embassy. Aku berasa bersyukur dan teruja melihat begitu ramai orang Malaysia dan dapat bercakap Melayu sedikit sebanyak mengubat kerinduaan aku kepada rumah, mak, ayah.

bersambung..kenyang deh~