Wednesday, August 1, 2012

1 Syawal di bumi Korea

1 syawal di bumi korea pada raya aidifitri tahun lepas ialah kenangan yang agak menarik dalam hidup. Dengan bantuan Kak Dany Pertiwi, aku berjaya pergi ke bus station Iksan untuk ke Seoul. Dari kisuksa ( dorm) aku berjalan kaki sejauh 30 minit dengan beg berat membawa laptop dan sehelai baju kurung untuk beraya nanti. Sepatutnya aku ada kelas hari tu, tapi aku buat surat cakap aku ada aktiviti keagamaan di embassy.

Perjalanan dari Iksan Yok ( Station) ke Seoul, Gangnam Yok mengambil masa 3 jam. Tiket bas adalah sebanyak 11,800won kira-kira Rm40. Dalam bas hati bercampur cemas dan teruja kerana dapat bertemu rakan lama semasa sekolah dahulu yang melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan di Hanyang University. Bas berhenti di Jeonju untuk berehat, tapi aku terlalu takot untuk keluar kerana aku langsung tidak faham bahasa Korea dan tidak boleh berbahasa Korea, jadi aku menjadi keras di dalam bas menunggu bas bergerak.

Bas bergerak dah aku melihat pemandangan yang indah di kiri dan kanan jalan yang ternyata sangat asing buatku pertama kali di bumi sonata. Aku sampai di Gangnam Yok pukul 9 malam dan dengan menggunakan public phone, aku menelefon rakanku untuk mengambil aku disana. Suasana memang terlalu asing, dan aku hanya mampu memerhati sekeliling dengan perasaan takut.

Rakan aku tiba tidak lama kemudian dan membawa aku ke kisuksanya dengan menaiki subway. Perjalanan ke subway adalah melalui lorong bawah tanah dan agak jauh untuk ke tempat tiket. Rakanku yang menjadi setiausaha ku sementara aku di Seoul, ini kali pertama kami berjumpa setelah 5 tahun dan kami agak kekok pada mulanya, kerana walaupun kami sekelas semasa di sekolah dulu, tapi kami tak berapa rapat.

Aku di bawa ke kisuksanya di Hanyang Uni dan berkenalan dengan rumate kawanku iaitu zati dan ayin tak silap aku. Esoknya kami akan bersolat hari raya aidilfitri di Kedutaan dan akan pergi melawat ke rumah terbuka duta dan juga pegawai di embassy. Aku berasa bersyukur dan teruja melihat begitu ramai orang Malaysia dan dapat bercakap Melayu sedikit sebanyak mengubat kerinduaan aku kepada rumah, mak, ayah.

bersambung..kenyang deh~

No comments:

Post a Comment