Thursday, July 26, 2012

Resepi Aiskrim Goreng

Salam ramadhan ke 6..

Kelmarin ayah beli aiskrim, so alang-alang dah beli aiskrim ni, terpikir nak buat resepi yang dah lama bertapa di otak ni.. Yerrr...Aiskrim goreng!!! Setakat ni baru 2-3 kali makan sebab orang jual mahal banget. First masa hari kantin sekolah, masa tu tak ingat kene bayar berapa dan recently dekat Pesta Konvo UTM, harganya, Masyallah, geram tengok harga die, Rm2.50 untuk satu ketoiii.. Fulamakatak, memang cari untung betol kan.

So, hari ni, memang dah terlaksana nak buat aiskrim gorang ni. Bawah ni resepi dan video sekerat untuk buat die. Kenape sekerat?? sebab guna handphone kamera dan takde orang nk tolong pegang..kekeke

Aiskrim Goreng Vanila Syakira


Bahan2 :
1 bungkus roti putih saiz kecik
1 bekas aiskrim vanila
coklat cip warna warni

cawan gelas untuk tekap dan bentuk
senduk kecik/scope aiskrim
penggelek

Cara:
1. Gelek 2 keping roti tadi ala-ala guna penggolek sampai tipis gitu macam nak buat sandwich.
2.Tekapkan cawan bagi nampak line kat roti untuk bagi tak overdose aiskrim dan bagi aiskrim tak melimpah ke ladang gandum.
3. Scope kan aiskrim tadi ke tengah bulatan untuk sekeping roti.
4.Tekapkan roti satu lagi dan guna cawan untuk tekap sampai putus roti tu dan bentuk pun cantik.
5. Simpan dalam peti sejuk semalaman , or 2-4 jam kalau dah tak tahan nak makan.
6. Goreng minyak panas selama beberapa saat untuk mendapatkan kegaringan yang sejati.
7. Siap!!

Video ------->
Love utk resepi ini : 

No comments:

Post a Comment