Friday, July 27, 2012

Resepi Rendang Puyuh

Ni first time aku masak puyuh dan kelazatannya hingga menjilat jari, 2 ekor puyuh selamat mendarat dalam perut aku. Alhamdullilah, syukur ke hadrat ilahi, mari kita lihat resepinya. Kalau ada yang kurang sila komen yer, i tak kahwin lagi, so ni resepi dari mak i.=p

Bahan-bahan :
3 ekor puyuh dicuci bersih
5 ulas bawang putih* (dipotong halus)
3 ulas bawang merah* (dipotong halus) 
1 biji bawang besar* ( dipotong halus)
seinci halia* (dipotong halus)
seinci kunyit hidup* (dipotong halus)
seinci lengkus* ( dipotong halus)
3 batang serai* ( dipotong halus)
1 sudu cili blender
1/2 cawan santan pekat
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
sedikit garam
sedikit gula
1/2 sudu besar kerisik
3 helai daun kunyit diris tipis

Cara-cara :
1. Bahan * diblender sehingga halus.
2. Burung puyuh direbus 1/2 jam sehingga agak lembut.
3. Masukkan semua bahan * dan  rempah ratus dan masak seketika sebelum dimasukkan puyuh.
4. Puyuh dan bahan blender di masak sehingga agak kering.
5. Masukkan santan dan 1/2 cawan air kedalam puyuh dan kacau sedikit hingga sebati.
6. Bila mendidih, masukkan daun kunyit yang dihiris tipis dan juga kerisik.
7. Tutup api apabila puyuh dan santan telah masak

Komen : Enak dimakan dengan nasi putih panas-panas.

Gambar lupa nak ambik =p

Love utk resepi ni : 

No comments:

Post a Comment