Saturday, July 28, 2012

Solat Sunat Tarawih

Salam, hari ni nak kongsi sikit pasal solat sunat teraweh/tarawikh yang sunat pada Umat Islam yang hanya pada bulan Ramadhan saja. Sangat eksklusif kan solat ni, macam VIP seat, tapi free of charge, so rugi kalau kite yang tidak uzur ni tak menjalankannya.

Solat sunat teraweh : ialah sunat muakad yang dituntut berhemaah yang mana jikalau seorang daripada penduduk di kawasan itu melaksanakanya, maka terbebas kewajipan untuk orang lain.

Sabda Rasulullah SAW :
 Sesiapa mendirikan solat (tarawih) pada malam di bulan Ramadhan dengan keimanan dan ikhlas, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu ( Hadis riwayat Bukhari)

Masyallah, jadi rugilah kalau kita tak penah menunaikan solat tarawih, bayangkan dosa-dosa terdahulu yang kita lakukan dan ada jalan untuk dosa dihapuskan. Maha suci Allah, pencipta sekalian alam.

Solat Sunat Tarawih mempunyai dua puluh rakaar atau lapan rakaat. Waktunya ialah selepas Isyak hingga menjelang waktu Subuh, so sesiapa yang bagi alasan yang bekerja dan penat. Boleh berehat/ tidur sebentar dan bangun pada malam harinya untuk menunaikan solat sunat itu.

Lafaz niat dalam Rumi:

Usolli sunnatan tarawih rakataini imaman/makmuman lillahi ta'ala.
(Sahaja aku sola sunat Tarawih dua rakaat Imam/ Makmum kerana Allah Taala)

Selepas Solat Sunat Tarawih, akan disusuli dengan solat witir sebanyak 3 rakaat, 2 rakaat salam, bangun dan 1 rakaat salam.

Lafat niat solat. Dua raka'at pertama :

Usolli sunatan witri rakataini lillahi ta'ala.
(Sahaja aku solat sunat witir dua rakaat kerana Allah Taala)

Lafat niat solat. Raka'at kedua :

Usolli sunatan witri rakaatan lilahi taala.
(Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat kerana Allah Taala)


selamat beramal~

No comments:

Post a Comment