Friday, July 27, 2012

Universiti Wonkwang, Iksan, Korea Selatan

Sampai saja dekat Stesen Petrol, aku dijemput oleh dua pegawai dari Unit Hal Ehwal Antarabangsa dengan sebuah kereta yang agak luas. Ini first time aku tengok kereta jenis macam ni, so macam tu la kalau orang luar datang negara kita dan tengok buatan Malaysia kan, so memang berbaloi idea Tun Mahathir mengasaskan kereta buatan Malaysia adalah satu langkah untuk memajukan ekonomi negara kan.

Aku dibawa ke pejabat untuk mengisi segala tuk nenek moyang borang yang ada yang berbahasa inggeris dan kebanyakan berbahasa korea. Rata-rata pekerja disitu adalah orang dari Tanah Besar Cina dan baik-baik orangnya. Aku baru saja berjumpa dengan Mr Im Nakwon, orang yang akan menguruskan semua hal aku disana.

Aku diberikan toto yang akan kami perlu bayar kemudian untuk persediaan musim sejuk, masa tu dah musim luruh, so keadaan sejuk.Aku dibawa ke kisuksa (dormitory) yang berlantaikan kayu dan mempunyai dua buah meja dan kerusi. Nak dibandingkan dengan hostel di UTM, memang jauh panggang dari api, walaupun nampak moden hostel di Korea, tapi di UTM bilik die lagi gedabak besar, 2x ganda luasnye.

Semasa di sana, aku berhubung dengan Dr Eko dan juga En Farid, insan yang membawa kau kesana, dan insan yang banyak membantu aku dari segi kewangan. Aku pergi ke Korea hanya mempunyai rm400 lebih kurang 100 ribu won, jumlah yang boleh menampung hidup di Malaysia sebulan, tapi di Korea, hanya dua minggu.

Aku terputus hubungan dengan keluarga dan juga tidak mempunyai wang. Kami diberi wang pada pertengahan bulan September, memang pokai gila aku..

mail aku terima dari wonkwang~



Segala pertanyaan aku kepada pihak uni yang dibalas~



Lupe aku nak citer..

sebelum pergi kene ade visa. so visa dia dalam rm160, aku pun tak ingat..

ni email yang aku tanya pada kedutaan Korea sebelum pergi~


takat ni je hari ni~ puase2

No comments:

Post a Comment