Sunday, July 22, 2012

Resepi Udang Kari Mamak

Udang Kari Mamak yang mendapat sambutan oleh ayah yang memang pengkritik utama di rumah



Bahan-bahan :
Udang 10-20 ekor
2 ulas bawang besar ( dipotong)
2 ulas bawang putih ( ditumbuk)
1 inci halia ( ditumbuk)
1 helai daun pandan
sedikit daun kari (1 baris)
1 batang serai (diketuk)
sos tomato, sos cili
2 sudu besar rempah ikan
1 sudu besar cili kering blender
sedikit garam
sedikit gula
sedikit lada hitam
2 biji limau nipis/kasturi (ambil jus sahaja)
minyak untuk menggoreng

Cara-cara 
1. Udang dibersihkan , jangan buang kulit, dilumur dengan garam, lada hitam dan jus limau dan dibiar seketika.
2. Sediakan minyak menggoreng, dan gorang udang hingga masak dan angkat dan ketepikan.
3. Buang minyak yang berlebihan dan tinggalkan dua sudu minyak sahaja. Goreng bawang besar hingga lembik.
4. Masukkan bawang putih dan halia lumat disertai daun pandan, daun kari dan serai hingga naik bau.
5. Masukkan cili dan rempah kari yang di campur air hingga menjadi pes. Kacau hingga rempah masak.
6. Masukkan sedikit air, sos tomato, sos cili dan lada hitam dan gula serta garam mengikut cita rasa.
7. Masukkan udang dan biarkan mesra seketika. Angkat dan hidangkan.
8. Masa siapan dalam 20 minit.

Sedap di makan dengan nasi putih.

Selamat Mencuba~

Love utk resepi ini: 

No comments:

Post a Comment