Sunday, July 22, 2012

Incheon ke Iksan

Setiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, jam baru menunjukkan pukul 6.25 pagi, tanpa sebarang pengalaman di negara orang, aku berjalan perlahan mengangkat beg besar seberat 30kg menyusuri jalan. Sedang orang lain bergembira dengan rakan-rakan, aku seakan terpaku, kesepian dan keseorangan, 22 tahun, dan aku kini bersendirian di negara orang. Segera aku ke toilet untuk buang air kecil, dan tiada air disediakan, nasib baik aku terbiasa dengan keadaan ini di KLCC dan di Singapura.

>> Lapangan Terbang Incheon

Keluar dari gate, aku perhatikan kiri kanan untuk melihat sama ada orang menjemput aku, dah aku lihat ada seorang memegang papan nama aku dan Wonkwang University. Die dengan laju membawa aku ke tempat bas dan membelikan aku tiket yang berharga 18000 won ke Iksan dan aku dibiarkan pergi seorang tanpa sebarang rakan. Aku terpana lagi, tiada rakyat Malaysia lainkah yang terlibat.

Perjalanan dari Incheon ke Iksan mengambil masa 3 jam. Aku terputus hubungan dengan keluarga di Malaysia, aku menangis sendirian mengenang nasib tersebut. Bodohkah aku menerima tawaran tersebut? Aku tidur semasa perjalanan, dan aku terjaga, hari hampir malam dan sampai di Iksan, malang bagiku kerana  rata-rata orang disitu tidak pandai berbahasa Inggeris.

>> Shuttle bas dari Incheon ke Iksan


>> Pemandangan dari Incheon ke Iksan semasa musim luruh



Aku turun di stesen minyak dan disambut oleh seorang lelaki tua dan seorang perempuan muda. Perempuan tersebut memperkenalkan diri sebagai Hua Jiang, merupakan seorang berketurunan Cina yang turut melanjutkan pelajaran di Korea dalam jurusan bisnes. Manakala identiti lelaki tua itu hanya aku kenali sebagai head mister aka guru besar yang rupanya selepas beberapa minggu memang besar jawatannya.

Aku tiba di Wonkwang University dan pemandangan yang ada adalah sangat asing, aku langsung tidak dapat mengecam sebarang jalan langsung. Aku di bawa ke pejabat dengan ketiak aku yang tahap masam dan diberi borang untuk di isi. Hanya aku seorang disitu, aku juga diberi sebuah toto dan perlu membayar toto tersebut apabila wang biasiswa aku dimasukkan.


>> Website Wonkwang University



Aku dibawa ke bilik dan bilik aku amatlah kecil dan tinggal berdua berbandin di UTM. Roomate pertamaku ialah orang Indonesia pada pandanganku dengan kitab-kitab yang terdapat di raknya. Nasib baik biliku dilengkapi dengan internet dan aku segera online untuk melihat sama ada ayahku online atau tidak. Sebelum ke Korea, aku menyuruh ayahku membeli sebuah laptop untuk memudahkan perhubungan kami melalui skype atau YM. Ayahku sebelum ini langsung tidak pernah menyentuh komputer dan langsung tidak mengetahui cara menggunakan internet. Mak sahaja yang pernah cuba-cuba menaip di komputer ( yang sekarang ni dua-dua dah pro dan pandai dah bace blog).


Aku tidak mengemaskan barangku dan hanya berehat di atas katil. Malamnya, roomateku balik dan ternyata dia ialah dari negara jiranku, aku bahagia sebab boleh berbahasa melayu walaupun dia banyak tak faham bahasaku. Tapi sebab aku banyak menonton drama indonesia, jadi aku boleh la faham sikit2 bahasa dia. Namanya Kak Dewi. Aku bersembang dengannya dan lebaran akan datang 2 hari lagi. Aku bertanya kepadanya bagaiman aku harus ke Seoul dan die menceritakan segala butir-butir perjalanan. Dan aku tidur kepenatan.


No comments:

Post a Comment